Pakej Edu Tourism - Pakej Sehari (Program Harian – 4 Jam)
Photos (0)
  • 40 - 80 Max Pax
  • 4 hours
  • RM 110.00 / Per Package

Details

PAKEJ EDU TOURISM - PAKEJ SEHARI (PROGRAM HARIAN – 4 JAM)

? OBJEKTIF PROGRAM

Program Edu Tourism ini direka khas untuk memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri kehidupan masyarakat kampung sambil mempelajari budaya, warisan, alam sekitar dan nilai murni komuniti melalui aktiviti interaktif dan pembelajaran pengalaman sebenar.

? MODUL AKTIVITI UTAMA

1. Budaya & Warisan

  • Demonstrasi tarian tradisional Melayu
  • Permainan rakyat: congkak, gasing, tarik upih Pinang.
  • Bengkel seni kraftangan (anyaman rotan & Mewarna Batik

2. Pertanian & Alam Sekitar

  • Lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang sayur
  • Aktiviti menanam pokok & memberi makan ternakan (ayam, kambing, lembu)
  • Program kesedaran ekopelancongan: menanam pokok, kebersihan sungai & “Go Green Talk”

3. Masakan Tradisional

  • Bengkel memasak hidangan tempatan bersama keluarga angkat
  • Demo masakan “Masak Lemak Cili Api”, kuih tradisional & sambal tumis
  • Makan tengah hari bersama keluarga angkat

4. Bahasa & Interaksi Sosial

  • Sesi asas komunikasi Bahasa Melayu / dialek tempatan (untuk pelajar luar)
  • Latihan komunikasi & interaksi dengan penduduk kampung

5. Komuniti & Pendidikan Nilai

  • Aktiviti gotong-royong kampung
  • Ceramah budaya dan nilai murni oleh tokoh komuniti
  • Perkongsian nilai kehidupan kampung – hormat, tolong-menolong & cinta alam

Sesuai untuk lawatan singkat / aktiviti kokurikulum

Cadangan Jadual:

Masa

Aktiviti

8.00 am

Ketibaan & taklimat keselamatan

8.30 am

Aktiviti Budaya & Warisan (permainan rakyat / tarian tradisional)

10.00 am

Bengkel Masakan Tradisional

11.30 am

Minum pagi & interaksi bersama keluarga angkat

12.00 pm

Penyerahan sijil & bergambar kenangan

12.30 pm               -

Bersurai

? Harga: RM110.00 seorang (termasuk makanan & aktiviti)

( Harga akan bertambah mengikut pakej taambahan yang diadakan )



Book Now