Excellent0 Reviews
5.0
Cleanliness
5.0
Comfort
5.0
Staf
5.0
Facilities
5.0

Available Accommodations

Mohd. Khairi Bin Abu (Room)

From RM 0.00 / Night

Max Guests: 3 persons
  • Air conditioning
  • Iron/ironing board upon request
  • Free Parking
  • Single Bed
  • Queen Bed
View More

Available Packages

Booking Package Now

Share

Overview

HOMESTAY SARANG BUAYA:

Homestay Sarang Buaya terletak di Daerah Muar dan bersempadan dengan Daerah Batu Pahat. Mempunyai eleman-eleman yang menarik kerana dikampung ini terdapat sebatang sungai yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Berhampiran kampung ini juga terdapat sawah padi yang menyajikan pemandangan menarik terutama dimusim menanam dan menuai. Bagi pencinta burung disini terdapat pelbagai spesis burung yang sukar dilihat ditempat lain. Tidak jauh dari kampung ini juga terdapat kolam air panas yang sangat popular iaitu Kolam Air Panas Sungai Gersik dan kilang kopi yang iaitu Kilang Kopi Ajes. Untuk mereka yang berminat dibidang pertanian dan ternakan terdapat juga pusat pertanian dan ternakan terbesar di Daerah Muar iaitu D'Impian Agro Farm.

 

SEJARAH KAMPUNG SARANG BUAYA:

Kampung Sarang Buaya terletak di  Mukim Sungai Balang dalam daerah Muar. Kampung ini lebih dikenali oleh orang-orang Cina sebagai "Panglong" (sempena nama sebuah kilang papan)yang telah dibuka lebih kurang seabad yang lalu oleh Tahir bin Mohammad. Kampung ini dibuka atas cadangan Temenggong Seri Maharaja Johor pada masa itu iaitu Daeng Abu Bakar. Kampung ini dibuka sebelum kedatangan British iaitu pada tahun 1872.

Bak kata pepatah "Bagaimana acuan begitulah kuihnya". Disebabkan terlalu banyak buaya dalam sungai yang berdekatan dengan kampung ini maka dinamakan kampung ini "Kampung Sarang Buaya". Dalam jarak satu rantai sungai itu, kita boleh berjumpa kira-kira 5 hingga 8 ekor buaya. Buaya-buaya itu dikatakan sangat besar kira-kira 2 hingga 5 depa. Terdapat 2 jenis buaya dalam sungai tersebut iaitu Buaya Tembaga (kuning) dan Buaya Hitam.

Pada musim panas, buaya-buaya ini akan naik ke tebing sungai untuk berjemur dan mengangakan mulut untuk menangkap mangsanya. Buaya juga dikatakan tidak mempunyai lidah, insang dan anak tekak. Buaya bernafas dengan menggunakan limau-limau. Selain itu reptilia ini mempunyai kelemahan iaitu tidak boleh menelan mangsanya di dalam air, tidak boleh menghadamkan tulang mangsa yang ditelannya dan tidak boleh melakukan apa-apa apabila kakinya terikat pada belakang badannya. Selain itu buaya akan segera mati apabila ditikam secara menyongsang dari belakang  iaitu dari bahagian bawah ekor hingga ke kepala terutama di bahagian leher.

Pada awal kehadiran reptilia ini dalam sungai, ia tidak menganggu keselamatan penduduk-penduduk di situ. Tetapi 'malang tidak berbau' dalam ketenangan dan kedamaian air sungai pada mulanya, ianya berubah apabila buaya mulai mengganas.

Kanak-kanak bernama Kamariah telah terkorban dibaham buaya sewaktu sedang mandi di sungai bersama rakan-rakanya. Tragedi ini berulang apabila dua orang kampung terkorban dan seorang cedera. Mereka ialah Sardan bin Adam sewaktu sedang mengail dan seorang Cina sewaktu sedang kada hajat manakala yang cedera ialah En. Ismail yang cedera dimuka semasa sedang membasuh mukanya.

Dengan terjadinya peristiwa hitam ini, muncul dua orang yang berkebolehan untuk menangkap buaya. Sejak ada penangkap buaya, keganasan semakin berkurangan dan perasaan cemas serta takut penduduk berkurangan. Menurut Tn. Hj. Ali terdapat dua cara untuk menangkap iaitu cara "Alih" dan "Tempuling". Tempuling ialah ialah sejenis alat yang dibuat daripada sebatang buluh yang hujungnya diikat pada pisau toreh yang tajam dan pangkalnya diikat pada pelampung.

Manakala Alih ialah sejenis mata kail yang besar yang dipasangkan umpan seperti ayam atau anak anjing yang akan menarik perhatian buaya untuk memakannya. Cara Alih biasanya untuk menangkap/membunuh buaya kecil manakala cara Tempuling untuk menangkap/membunuh buaya besar.

Kini dipercayai masih terdapat lagi buaya dalam Sungai Sarang Buaya. Ini terbukti apabila seekor anak buaya tersangkut di Pintu Air kampung ini pada tahun 1992.

Pada awalnya Sungai Sarang Buaya hanya direntangi oleh jambatan yang diperbuat dari batang Nibung dan kemudian diganti dengan jambatan kayu pada tahun 1924, seterusnya jambatan ini boleh dilalui kenderaan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Selepas itu pada tahun 1938 sebuah jambatan baru telah dibina dan kini jambatan telah dirobohkan kerana telah tamat tempohnya. Menurut Tn. Hj. Ali bin Niat (Allahyarham merupakan cicit pengasas Kg. Sarang Buaya) sewaktu pemerintahan Jepun, jambatan itu pernah diletakkan dengan bom dan getah keping untuk memerangi musuh yang melaluinya. Beliau menambah lagi bahawa beliau pernah bertugas mengeluarkan bom-bom tersebut setelah kedatangan British. Menurut beliau, lebih kurang 20 biji bom yang dapat dikeluarkan dan Tn. Hj. Ali bimbang jikalau masih ada saki baki bom tersebut di bawah jambatan sewaktu ianya diruntuhkan pada tahun 1993 untuk diganti dengan jambatan baru. Berdasarkan cerita Tn. Hj. Naim (Bekas Ketua Kampung Kg. Sarang Buaya) Penghulu Kasbi yang telah sama-sama bergotong royong membina jambatan kayu pada pemerintahannya ada seorang yang mempunyai ilmu yang boleh menundukkan buaya. Kejadian ini berlaku sewaktu mereka menghadapi masalah merentengkan kayu.

Tetapi secara tiba-tiba kayu telah terentang di hadapan mereka bagi memudahkan kerja mereka. Walau bagaimanpun mereka agak keberatan untuk memijaknya. Tetapi Penghulu Kasbi menasihatkan mereka agar memijaknya tanpa melihat ke bawah. Setelah selesai semuanya, mereka begitu terperanjat apabila mendapati kayu yang mereka pijak itu adalah merupakan beberapa ekor buaya. Sejak hari itu mereka mengetahui bahawa penghulu mereka mempunyai ilmu yang boleh menundukkan buaya.

Pada zaman pemerintahan Jepun, Sungai Sarang Buaya menjadi tumpuan orang yang datang dari Muar dan Batu Pahat. Kedatangan mereka ialah semata-mata untuk mengambil kang kung yang tumbuh dengan begitu banyaknya di sawah yang telah diusahakan.

Sungai Sarang Buaya pernah dimasuki oleh kapal dagang bernama "Kapal Chalu" (berupa kapal kargo) untuk mengambil hasil-hasil pertanian. Tetapi disebabkan kemasukan kapal dagang ini tidak menguntungkan, perkhidmatan kapal itu ditutup pada 1943.

Selain itu semasa perang Kelang (1867 - 1873) diantara Raja Abdullah dan Raja Mahadi dari Selangor, orang-orang Kelang yang diketuai Raja Mahadi telah melarikan diri ke Sarang Buaya. Raja Mahadi melarikan diri ke sana adalah untuk mencari tempat perlindungan. Jurai keturunan Raja Mahadi dikatakan masih terdapat di Kampung Sarang Buaya ini.

 

Amenities

  • Iron/ironing board upon request
  • Free Wi Fi
  • Free Parking
  • Balcony
  • Electric kettle

Reviews - 0