About Host

About Homestay Chenderoh

Homestay Chenderoh terletak di bahagian timur Kuala Kangsar, Perak. Ianya dikelolakan oleh Persatuan Homestay Chenderoh yang terdiri daripada 18 orang pengusaha dengan 25 buah bilik penginapan (40 pelawat). Kampung yang terlibat ialah Kampung Kati, Kampung Kuala Terap, Kampung Chuar Hilir, Kampung Chuar Hulu dan Kampung Terap. Ianya boleh dijadikan sebagai transit perjalanan di antara Kuala Kangsar dengan negeri pantai timur Malaysia. Homestay Chenderoh menyediakan penginapan sesuai untuk individu, kumpulan dan keluarga dengan bajet yang serendah RM59 – RM150 sebilik. Homestay tersebut adalah dari rumah batu (konsep moden) sehinggalah ke rumah tradisional. Sebuah bilik dapat memuatkan antara 2 – 6 orang. Tilam tambahan disediakan. Selain menyediakan penginapan, makanan dan aktiviti lain juga turut disediakan dengan kadar bayaran yang berbeza mengikut pilihan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Tempat ini juga berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik. Antaranya victoria bridge, lata perahu, lata kekabu dan juga tidak berapa jauh dengan kuala kangsar. Homestay ini merupakan homestay yang bertemakan ‘kampungstay’ dimana kami memperkenalkan budaya masyarakat kampung disini.